Thursday 9 June 2016

Recap on Uni-life so far..

Assalamualaikum w.b.t. Hai semua, apa khabar? Senyum-senyum sikit jangan masam memanjang okayyy ;) Huhuhuhu So today aku nak ulas sedikit sebanyak pasal uni-life aku.
Aku dapat tawaran Pengajian Sukan- Sains Sukan dan Rekreasi (atau nama pendek SPOTREC). Hari mendaftar okey je, siap nyanyi-nyanyi lagi malam bakat (acah je berani kaki gegar gila HAHAHAHA). Jumpa roommates baru and kawan-kawan baru sambil lepak-lepak kan? Lepas tu bermulalah episod 1 bebudak spotrec.
EPISOD 1- Hari Isnin malam, ade senior diploma semester 4 nak buat perjumpaan. Lepastu kami jumpalah. Macam biasa kalau jumpa mesti ada dera-dera sikit kan? Tapi aku tak kisah sebab dah biasa kot hehehe.. But this goes on and on everynight and we went back to our rooms dalam pukul 12.30am macam tu la.. Then hari ketiga, ada pulak buat perjumpaan tengahari ngan senior diploma semester 2 -_- Tapi aku pergi je dengan budak-budak lain.. Lepas sampai harini, kita orang masih ada perjumpaan pukul 12pm- 2pm and 9pm- 12am kecuali hari Jumaat tengahari sebab ada solat jumaat.
First, aku nak cakap spotrec ni taklah susah (if hati kau kental) cuma kau kene pandai bahagikan masa. Macam sekarang, aku tak siapkan lagi 2 assignments dari lecturer aku T^T Takpe GG nasib baik tak mati je.
Harapan aku untuk semester ni, AKU NAK CAPAI DEKAN. AKU NAK CAPAI DEKAN. AKU NAK DAPAT DEKAN.
Since aku dah tulis macamtu, kenelah usaha kan?
Batch aku tahun ni ramai semenanjung and ramai sampai 3 kelas. So kalau boleh aku nak bebudak spotrec biar tabah dari awal sampai habis. Sekian.

RESPECT ALL FEAR NONE,
Assalamualaikum XOXO.