Thursday 17 December 2015

BEST CAMP EVER!!

Assalamualaikum semua.. Apa khabar semua orang hari ni? Aku nak cerita sikit pasal camp remaja scout yang baru aku ikut 3 hari yang lepas.. Terdapat 3 group semuanya termasuk aku ada 27 orang.. Aku dalam group yang pertama dengan ahli sebanyak 9 orang.. 5 lelaki, 4 perempuan dan dari sekolah yang berbeza..
Hari pertama, kami berjalan kaki dari pekan Batu Kawa lama ke Taman Negara Kubah.. Perjalanan sejauh 21.6km kami tempuhi dengan sabar, ada yang mengambil bearing dan ada yang menjadi observer.. Ekspedisi yang bermula jam 8.30 pagi ini mengambil masa 12 jam... Kami juga diberi tugasan untuk masuk ke kampung, mendirikan khemah dan memasak untuk diri sendiri.. Maka berakhirlah cerita untuk hari pertama...
Pada hari kedua, dimulakan dengan senaman Serapi katanya, kami naik dan turun gunung setinggi 500 kaki dari aras laut hahahahaha.. Seterusnya, kami menjalani ujian ketahanan diri seperti mengangkat seorang ahli kumpulan menaiki gunung dan melalui sungai.. Hanya kumpulan kami yang berjaya tidak membasahkan orang tersebut yayy!! Selepas itu, kami dibawa ke Matang Family Park untuk melakukan Community Service.. Sambil itu kami mengambil kesempatan itu untuk menjalani ujian kecergasan.. Kami disuruh merangkak di dalam air sejuk dengan tali sebagai petunjuk dengan seberapa lama yang kami boleh buat. Selepas itu, kami balik ke campsite dan memasak masakan rimba untuk dinilai.. Malam tersebut kami jalankan beberapa game yang diaturkan oleh ketua kem..
Hari ketiga adalah hari paling seronok kerana hari untuk kami pulang!! Perjalanan pulang dari Taman Negara Kubah ke pekan Batu Kawa lama dimulakan pada jam 8 pagi dan group 1 berjaya sampai ke destinasi pada jam 2.54 petang.. Kumpulan kedua sampai pada jam 3.40 petang manakala kumpulan ketiga sampai pada jam 4.25 petang.. Kami berjaya menghabiskan ekspedisi kami dengan jayanya maka berakhirlah cerita camp remaja pengakap ini..

Tuesday 1 December 2015

Cemburu

Assalamualaikum semuaa ;) Aku terbangun sebab mimpi aku pelek :/ Aku harap mimpi korang tak pelek macam aku punye.
Hari ni nak cakap pasal apa eh? Ohya cemburu.
Perasaan cemburu tu normal. Kalau kau tak rasa cemburu, kau robot der. Takziah aku ucapkan. Cemburu tu boleh datang kepada macam-macam situasi. Kalau aku, cemburu aku lebih kepada mak bapak aku.
Mak bapak aku tak macam mak bapak orang lain. Ya aku tau aku nakal tapi mak bapak orang lain masih consider dengan aku. Semua benda yang aku suka, semua nak kongkong. Aku takboleh ikut itu ini. Ya aku dengar cakap korang. Bila korang suruh aku buat sesuatu, aku buat. Jadi nampak tak apa yang tak fair kat situ? SO, kali ni, korang tak bagi aku buat apa yang aku suka, aku tak buat apa yang korang suruh. Biarlah tak dapat keredhaan dari Allah. Aku nak korang sedar betapa tak fairnya hidup ni. 
Yang buat aku lagi geram? Bila abang dengan adik aku korang layan macam prince jatuh dari langit. YE DAHLA AKU SORANG ANAK PEREMPUAN. KAU LAYAN LAGI AKU MACAM NI. AKU STRESS DER STRESS. APA AKU CAKAP SEMUA KORANG TAKNAK DENGAR. SEBAB TU AKU AMBIK KEPUTUSAN UNTUK DIAM SELAMA NI. AKU NAK BERCERITA DENGAN KORANG APA YANG AKU LALUI HARI NI, SEMALAM MACAM BUDAK-BUDAK LAIN. TAPI SAYANG, AKU TETAP TAK KENA LAYAN. YEP OFFICIALLY ANAK KURANG KASIH SAYANG.
Maaf itu je buat kali ni. Jangan marah sebab tulis luahan hati. Till we meet again.

Assalamualaikum XOXO

Hmm

Assalamualaikum. Pada masa aku menulis entri ni, masa tengah malam so selamat tengah malam guyss.. Hari ni 2 December, maksudnya aku dah bebas (yelah sepatutnya aku tulis semalam tpi lama sangat type sampai hari ni).. Ye, bebas dari SPM dan bebas dari kehidupan sekolah menengah.. Itu itu. Aku nak bukak cerita lain.
Beberapa hari yang lalu, hatiku diusik lagi. Kali ni tak tau kenapa cepat sangat attached.. Mungkin didorong perasaan benci kepada perempuan itu? Ahh who cares.. He is such boyfriend material. A good singer, pious, kind-hearted, caring, and he earns his own living (kind of).. Tapi aku ni apa? Bakal menyusahkan hidup dia adalah.. Takyahlah menyimpan harapan bang oi. Aku ni dah takleh diselamatkan lagi. THERES MORE THAN 3.2 BILLIONS GIRLS IN THE WORLD AND YET U STILL DON'T SEE IT..
Aku taklah jahat mana tapi aku boleh cakap yang aku ni bukannya baik sangat. Aku dah sakitkan hati banyak orang yang baik macam kau. Aku taknak sakitkan hati orang lagi. Kau sakit, aku lagi sakit. Sakit tu, kau boleh sembuh. Aku? Aku menderita bila sakit. Jiwa aku makin kosong setiap kali aku sakitkan hati orang.
Sebab tu aku kata jangan dekat dengan aku. Jangan rapat dengan aku. Maafkan aku kalau buat kau macam tu, tapi bukan niat aku. Perangai aku memang macam tu.
Enough babbling for the night, aku harap korang sihat :)

Assalamualaikum XOXO