Thursday 9 June 2016

Recap on Uni-life so far..

Assalamualaikum w.b.t. Hai semua, apa khabar? Senyum-senyum sikit jangan masam memanjang okayyy ;) Huhuhuhu So today aku nak ulas sedikit sebanyak pasal uni-life aku.
Aku dapat tawaran Pengajian Sukan- Sains Sukan dan Rekreasi (atau nama pendek SPOTREC). Hari mendaftar okey je, siap nyanyi-nyanyi lagi malam bakat (acah je berani kaki gegar gila HAHAHAHA). Jumpa roommates baru and kawan-kawan baru sambil lepak-lepak kan? Lepas tu bermulalah episod 1 bebudak spotrec.
EPISOD 1- Hari Isnin malam, ade senior diploma semester 4 nak buat perjumpaan. Lepastu kami jumpalah. Macam biasa kalau jumpa mesti ada dera-dera sikit kan? Tapi aku tak kisah sebab dah biasa kot hehehe.. But this goes on and on everynight and we went back to our rooms dalam pukul 12.30am macam tu la.. Then hari ketiga, ada pulak buat perjumpaan tengahari ngan senior diploma semester 2 -_- Tapi aku pergi je dengan budak-budak lain.. Lepas sampai harini, kita orang masih ada perjumpaan pukul 12pm- 2pm and 9pm- 12am kecuali hari Jumaat tengahari sebab ada solat jumaat.
First, aku nak cakap spotrec ni taklah susah (if hati kau kental) cuma kau kene pandai bahagikan masa. Macam sekarang, aku tak siapkan lagi 2 assignments dari lecturer aku T^T Takpe GG nasib baik tak mati je.
Harapan aku untuk semester ni, AKU NAK CAPAI DEKAN. AKU NAK CAPAI DEKAN. AKU NAK DAPAT DEKAN.
Since aku dah tulis macamtu, kenelah usaha kan?
Batch aku tahun ni ramai semenanjung and ramai sampai 3 kelas. So kalau boleh aku nak bebudak spotrec biar tabah dari awal sampai habis. Sekian.

RESPECT ALL FEAR NONE,
Assalamualaikum XOXO.

Monday 16 May 2016

Syukur Alhamdulillah

Assalamualaikum semua!! Hai guys semua apa khabar? Anyways, ni ada berita gembira >.<
Akhirnya, result UPU kluar jugak and guess what? Aku dapat course yang aku nak which is Diploma Pengajian Sukan :D Punyalah aku nervous sebab dulu masa temuduga kod course tu lain HAHAHAHA So, kene tunggu esok baru aku bukak UiTM punya website and cari surat tawaran tersebut..
So, bakal bermula lah episod baru kehidupan aku.. Lets go!

GTG,
Assalamualaikum XOXO

Thursday 21 April 2016

DupDap Nervous Wei

Assalamualaikum w.b.t. :) Apa khabar semua orang? Aku sihat je tapi hati aku ni tak berape sangat.. Nak tau kenape? Jum aku cerita..
Permohonan UPU aku dah kluar result.. So now, aku kene pergi temuduga kat UiTM Sarawak, and kene hadapi fitness test and panel.. Baru tadi aku try google search pasal soalan-soalan temuduga sains sukan, dapat pulak respon dari akak-akak and abang-abang yang pernah temuduga.. Nervous weii baca pengalaman diaorang.. Nanti aku macam mana ek? Harap-harap okay aje :')
Nanti bleep test and t test aku cuak.. Sebab benda ni apa ek? Atleast aku tau sit up ape benda segala hehehehehe Takpelah tawakkal ajelah. Doa yang diaorang tak tanya pasal soalan sukma ke ape benda entah XDXDXD So aku rasa better aku stop sampai sini je sebab buat apa aku tulis panjang-panjang.. Bukan ada orang sudi nak baca pon (ceh bajet sedeh).. Dah cau lu..

Till then,
Assalamualaikum XOXO

Sunday 3 April 2016

2016 num 1

Assalamualaikum.. Hello 2016!! Yes aku tau aku dah lama tak blogging.. Aku ada beberapa news untuk korang.
1. Awal tahun ni (to be exact, 30/12/2015) nenek perempuan sebelah bapak aku telah pergi meninggalkan dunia yang fana. Tpi, alhamdulillah semua berjalan lancar untuknya sepanjang semua benda diuruskan. Aku still rindu dia :'( 8.4.2016 ni dah kira 100 hari dia pergi..
2. January aku takde buat apa-apa sangat. So, aku skip ke February yay. Birthday aku tapi tahun ni tak seronoklah. And I still doesn't get what I wanted.
3. March, result SPM kluar.. Aku pernah post kan pasal result trial aku.. So aku tak expect sangat dari SPM yang sebenar. SHOCKINGLY, aku dapat 5A 2C 2D. Alhamdulillah takde lagi G yay aha aha ehemmm okay dah.. Now, aku apply UiTM kat Sarawak aje. Tapi aku harap aku kena hantar ke Semenanjung (ceh macamlah mak bapak bagi)..
4. Sekarang ni April, aku dah berkenalan dengan banyak geng-geng pramuka and scouts around the world. And my April had a great start :)
So, itu je untuk now.. Terima kasih kerana membaca.

Assalamualaikum XOXO