Monday 22 May 2017

Sem 2 Uni-Life

Assalamualaikum w.b.t :) Hai (kepada sesiapa jelaa yang tengah baca luahan ni hahaha)!!
Ni nak cerita, pasal last post nak dekan ek? Well guess what? Aku dapat dekan untuk sem 1 dengan GPA 3.7 uollsss HIHUIII Tapi den nak koba berite buruk, sem 2 takdak dekan dah.. GPA 3.44, so close yet because of my Sport History dapat C+ so nak taknak kene terima hakikat.. Sedeh jugak tpi nak buat lagu mano ye dok? Hahahaha
Yes sem 2 SPORTREC makin susah (almaklum lah student mana pernah senang kan), dengan busy training clients- clients  lagi busy training sendiri ke gym lagi.. Nak kata susah takde jugak still aku dapat handle.. Orang tengok aku kata aku busy je memanjang tak penat ke, aku bagitau satu je.. Kalau nak kira penat tu, aku lagi berganda-ganda penat dari diorang tapi aku still dapat push body sampai limit.. Lepastu assignment bila pulak buat? Haaaaa ni den nak koba lagi satu berite buruk.. Asssignment tu mana pernah siap awal HAHAHAHAHA XDXD Selalunya bila nak hantar baru lah sibuk nak buat hahaha :D
Ni nak jugak bagitau, hidup penuh warna-warni sem ni.. Semua ada nak kisah cinta, kisah gaduh, kisah sakit hati, kisah kena aniaya, kisah masuk kelas, kisah gaduh sesama batchmates haaa hang nak apa ja lagi? Cheq nak bagitau hang tapi takpa la naaa.. Panjang satgi ada yang muntah pink, yellow or blue hahahahahaha ;p
Sem 2 rocks anyway and aku sedeh member-member (geng kepala gila- gila @ senior) aku ada yang dah practical so sunyi mmmmm sampai mimpi dohh.. Rindu sangat kat diorang sebab taktau lagi bila dapat jumpa since kena cuti 5 bulan ni hmph -_-
Rindu kat semua orang actually tapi nak bagitau nanti diorang kata manja la apa laa satgi aku merajuk left group baru tau hahahaha (as if ada org nak perli aku since aku dalam group tu macam invisible je) XDXD

So, Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan minna-san!!
Much love and kisses,
Assalamualaikum XOXO.

Thursday 9 June 2016

Recap on Uni-life so far..

Assalamualaikum w.b.t. Hai semua, apa khabar? Senyum-senyum sikit jangan masam memanjang okayyy ;) Huhuhuhu So today aku nak ulas sedikit sebanyak pasal uni-life aku.
Aku dapat tawaran Pengajian Sukan- Sains Sukan dan Rekreasi (atau nama pendek SPOTREC). Hari mendaftar okey je, siap nyanyi-nyanyi lagi malam bakat (acah je berani kaki gegar gila HAHAHAHA). Jumpa roommates baru and kawan-kawan baru sambil lepak-lepak kan? Lepas tu bermulalah episod 1 bebudak spotrec.
EPISOD 1- Hari Isnin malam, ade senior diploma semester 4 nak buat perjumpaan. Lepastu kami jumpalah. Macam biasa kalau jumpa mesti ada dera-dera sikit kan? Tapi aku tak kisah sebab dah biasa kot hehehe.. But this goes on and on everynight and we went back to our rooms dalam pukul 12.30am macam tu la.. Then hari ketiga, ada pulak buat perjumpaan tengahari ngan senior diploma semester 2 -_- Tapi aku pergi je dengan budak-budak lain.. Lepas sampai harini, kita orang masih ada perjumpaan pukul 12pm- 2pm and 9pm- 12am kecuali hari Jumaat tengahari sebab ada solat jumaat.
First, aku nak cakap spotrec ni taklah susah (if hati kau kental) cuma kau kene pandai bahagikan masa. Macam sekarang, aku tak siapkan lagi 2 assignments dari lecturer aku T^T Takpe GG nasib baik tak mati je.
Harapan aku untuk semester ni, AKU NAK CAPAI DEKAN. AKU NAK CAPAI DEKAN. AKU NAK DAPAT DEKAN.
Since aku dah tulis macamtu, kenelah usaha kan?
Batch aku tahun ni ramai semenanjung and ramai sampai 3 kelas. So kalau boleh aku nak bebudak spotrec biar tabah dari awal sampai habis. Sekian.

RESPECT ALL FEAR NONE,
Assalamualaikum XOXO.

Monday 16 May 2016

Syukur Alhamdulillah

Assalamualaikum semua!! Hai guys semua apa khabar? Anyways, ni ada berita gembira >.<
Akhirnya, result UPU kluar jugak and guess what? Aku dapat course yang aku nak which is Diploma Pengajian Sukan :D Punyalah aku nervous sebab dulu masa temuduga kod course tu lain HAHAHAHA So, kene tunggu esok baru aku bukak UiTM punya website and cari surat tawaran tersebut..
So, bakal bermula lah episod baru kehidupan aku.. Lets go!

GTG,
Assalamualaikum XOXO

Thursday 21 April 2016

DupDap Nervous Wei

Assalamualaikum w.b.t. :) Apa khabar semua orang? Aku sihat je tapi hati aku ni tak berape sangat.. Nak tau kenape? Jum aku cerita..
Permohonan UPU aku dah kluar result.. So now, aku kene pergi temuduga kat UiTM Sarawak, and kene hadapi fitness test and panel.. Baru tadi aku try google search pasal soalan-soalan temuduga sains sukan, dapat pulak respon dari akak-akak and abang-abang yang pernah temuduga.. Nervous weii baca pengalaman diaorang.. Nanti aku macam mana ek? Harap-harap okay aje :')
Nanti bleep test and t test aku cuak.. Sebab benda ni apa ek? Atleast aku tau sit up ape benda segala hehehehehe Takpelah tawakkal ajelah. Doa yang diaorang tak tanya pasal soalan sukma ke ape benda entah XDXDXD So aku rasa better aku stop sampai sini je sebab buat apa aku tulis panjang-panjang.. Bukan ada orang sudi nak baca pon (ceh bajet sedeh).. Dah cau lu..

Till then,
Assalamualaikum XOXO

Sunday 3 April 2016

2016 num 1

Assalamualaikum.. Hello 2016!! Yes aku tau aku dah lama tak blogging.. Aku ada beberapa news untuk korang.
1. Awal tahun ni (to be exact, 30/12/2015) nenek perempuan sebelah bapak aku telah pergi meninggalkan dunia yang fana. Tpi, alhamdulillah semua berjalan lancar untuknya sepanjang semua benda diuruskan. Aku still rindu dia :'( 8.4.2016 ni dah kira 100 hari dia pergi..
2. January aku takde buat apa-apa sangat. So, aku skip ke February yay. Birthday aku tapi tahun ni tak seronoklah. And I still doesn't get what I wanted.
3. March, result SPM kluar.. Aku pernah post kan pasal result trial aku.. So aku tak expect sangat dari SPM yang sebenar. SHOCKINGLY, aku dapat 5A 2C 2D. Alhamdulillah takde lagi G yay aha aha ehemmm okay dah.. Now, aku apply UiTM kat Sarawak aje. Tapi aku harap aku kena hantar ke Semenanjung (ceh macamlah mak bapak bagi)..
4. Sekarang ni April, aku dah berkenalan dengan banyak geng-geng pramuka and scouts around the world. And my April had a great start :)
So, itu je untuk now.. Terima kasih kerana membaca.

Assalamualaikum XOXO

Thursday 17 December 2015

BEST CAMP EVER!!

Assalamualaikum semua.. Apa khabar semua orang hari ni? Aku nak cerita sikit pasal camp remaja scout yang baru aku ikut 3 hari yang lepas.. Terdapat 3 group semuanya termasuk aku ada 27 orang.. Aku dalam group yang pertama dengan ahli sebanyak 9 orang.. 5 lelaki, 4 perempuan dan dari sekolah yang berbeza..
Hari pertama, kami berjalan kaki dari pekan Batu Kawa lama ke Taman Negara Kubah.. Perjalanan sejauh 21.6km kami tempuhi dengan sabar, ada yang mengambil bearing dan ada yang menjadi observer.. Ekspedisi yang bermula jam 8.30 pagi ini mengambil masa 12 jam... Kami juga diberi tugasan untuk masuk ke kampung, mendirikan khemah dan memasak untuk diri sendiri.. Maka berakhirlah cerita untuk hari pertama...
Pada hari kedua, dimulakan dengan senaman Serapi katanya, kami naik dan turun gunung setinggi 500 kaki dari aras laut hahahahaha.. Seterusnya, kami menjalani ujian ketahanan diri seperti mengangkat seorang ahli kumpulan menaiki gunung dan melalui sungai.. Hanya kumpulan kami yang berjaya tidak membasahkan orang tersebut yayy!! Selepas itu, kami dibawa ke Matang Family Park untuk melakukan Community Service.. Sambil itu kami mengambil kesempatan itu untuk menjalani ujian kecergasan.. Kami disuruh merangkak di dalam air sejuk dengan tali sebagai petunjuk dengan seberapa lama yang kami boleh buat. Selepas itu, kami balik ke campsite dan memasak masakan rimba untuk dinilai.. Malam tersebut kami jalankan beberapa game yang diaturkan oleh ketua kem..
Hari ketiga adalah hari paling seronok kerana hari untuk kami pulang!! Perjalanan pulang dari Taman Negara Kubah ke pekan Batu Kawa lama dimulakan pada jam 8 pagi dan group 1 berjaya sampai ke destinasi pada jam 2.54 petang.. Kumpulan kedua sampai pada jam 3.40 petang manakala kumpulan ketiga sampai pada jam 4.25 petang.. Kami berjaya menghabiskan ekspedisi kami dengan jayanya maka berakhirlah cerita camp remaja pengakap ini..

Tuesday 1 December 2015

Cemburu

Assalamualaikum semuaa ;) Aku terbangun sebab mimpi aku pelek :/ Aku harap mimpi korang tak pelek macam aku punye.
Hari ni nak cakap pasal apa eh? Ohya cemburu.
Perasaan cemburu tu normal. Kalau kau tak rasa cemburu, kau robot der. Takziah aku ucapkan. Cemburu tu boleh datang kepada macam-macam situasi. Kalau aku, cemburu aku lebih kepada mak bapak aku.
Mak bapak aku tak macam mak bapak orang lain. Ya aku tau aku nakal tapi mak bapak orang lain masih consider dengan aku. Semua benda yang aku suka, semua nak kongkong. Aku takboleh ikut itu ini. Ya aku dengar cakap korang. Bila korang suruh aku buat sesuatu, aku buat. Jadi nampak tak apa yang tak fair kat situ? SO, kali ni, korang tak bagi aku buat apa yang aku suka, aku tak buat apa yang korang suruh. Biarlah tak dapat keredhaan dari Allah. Aku nak korang sedar betapa tak fairnya hidup ni. 
Yang buat aku lagi geram? Bila abang dengan adik aku korang layan macam prince jatuh dari langit. YE DAHLA AKU SORANG ANAK PEREMPUAN. KAU LAYAN LAGI AKU MACAM NI. AKU STRESS DER STRESS. APA AKU CAKAP SEMUA KORANG TAKNAK DENGAR. SEBAB TU AKU AMBIK KEPUTUSAN UNTUK DIAM SELAMA NI. AKU NAK BERCERITA DENGAN KORANG APA YANG AKU LALUI HARI NI, SEMALAM MACAM BUDAK-BUDAK LAIN. TAPI SAYANG, AKU TETAP TAK KENA LAYAN. YEP OFFICIALLY ANAK KURANG KASIH SAYANG.
Maaf itu je buat kali ni. Jangan marah sebab tulis luahan hati. Till we meet again.

Assalamualaikum XOXO