Saturday, 5 July 2014

Bertenanglah Wahai Hati

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum , salam sejahtera dan selamat malam semua pembaca .. Hari ini saya telahpun mendraftkan satu lagi post di blog terbaru saya .. Memandangkan bahasa Inggeris saya yang tunggang-langgang itu , saya memohon seorang cikgu bahasa Inggeris untuk menyemak semula kerja saya sebelum saya mengupdatenya di blog tersebut . Boleh dikatakan malunya seperti membuka pakaian di hadapan orang ramai .. Ya Allah , malu nya tak terkira tetapi disebabkan kita berniat ingin menimba ilmu , saya tahankan perasaan gementar tersebut .. Jika dilayan , masak lah saya nanti .. Nak turunkan kadar kardiovaskular lagi , entah2 dengan tekanan darah sekali meningkat .. Nauzubillahiminzalik minta dijauhkan .. Oleh itu , bersabarlah wahai hati , bertenanglah wahai degupan jantung .. Assalamualaikum XOXO

Friday, 4 July 2014

Kebosanan

Assalamualaikum semua dan selamat malam saya ucapkan .. Malam ini saya bersendiri dan tiada yang menemani .. Ingin diri ini mengutarakan pendapat mengenai perkara-perkara berguna namun penggunaan ayat mungkin tidak berapa bagus dan kosa kata yang kurang sesuai (merendah diri la katakan walaupun sebenarnya memang begitu) .. Saya ingin memprovokasi orang namun takut mereka akan berkecil hati dengan gurauan kasar tersebut .. Disebabkan terlampau bosan, saya mula bermain permainan video budak2 kecil .. Saya dah tak tau nak buat apa lagi dah .. Malam ini terserlah kebodohan dalam penggunaan bahasa Melayu :3 Hahahaha XDXD Sekian, XOXO.