Saturday 5 July 2014

Bertenanglah Wahai Hati

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum , salam sejahtera dan selamat malam semua pembaca .. Hari ini saya telahpun mendraftkan satu lagi post di blog terbaru saya .. Memandangkan bahasa Inggeris saya yang tunggang-langgang itu , saya memohon seorang cikgu bahasa Inggeris untuk menyemak semula kerja saya sebelum saya mengupdatenya di blog tersebut . Boleh dikatakan malunya seperti membuka pakaian di hadapan orang ramai .. Ya Allah , malu nya tak terkira tetapi disebabkan kita berniat ingin menimba ilmu , saya tahankan perasaan gementar tersebut .. Jika dilayan , masak lah saya nanti .. Nak turunkan kadar kardiovaskular lagi , entah2 dengan tekanan darah sekali meningkat .. Nauzubillahiminzalik minta dijauhkan .. Oleh itu , bersabarlah wahai hati , bertenanglah wahai degupan jantung .. Assalamualaikum XOXO

Friday 4 July 2014

Kebosanan

Assalamualaikum semua dan selamat malam saya ucapkan .. Malam ini saya bersendiri dan tiada yang menemani .. Ingin diri ini mengutarakan pendapat mengenai perkara-perkara berguna namun penggunaan ayat mungkin tidak berapa bagus dan kosa kata yang kurang sesuai (merendah diri la katakan walaupun sebenarnya memang begitu) .. Saya ingin memprovokasi orang namun takut mereka akan berkecil hati dengan gurauan kasar tersebut .. Disebabkan terlampau bosan, saya mula bermain permainan video budak2 kecil .. Saya dah tak tau nak buat apa lagi dah .. Malam ini terserlah kebodohan dalam penggunaan bahasa Melayu :3 Hahahaha XDXD Sekian, XOXO.

Sunday 2 February 2014

Kehidupan ......

Assalamualaikum w.b.t :) Selamat malam semua ... Macam mana pulak hari korang hari ni ? Ada baik tak ? Hehehe .. Suatu pernyataan yang ingin saya kongsi hari ini ialah "Hidup kita macam roda .. Kadang-kadang kita di atas , kadang-kadang kita kat bawah" ..  Hmmm apa yang saya nak bagitau ni yee ? Jap .. Tengah fikir ni ...... Aaaaa dah ingat :) Okey hari ni saya nak berkongsi pasal satu kisah .. Alkisah , satu hari (pada tahun yang lepas-lepas sebab dah tak ingat) sampai sekarang pun saya tak ingat :3 Haha XD Melawak betul laa -_- Takpe .. Malam ni je tau .. Dah dah .. Jangan nak marah :p Memandai je :D Haha ok lah budak-budak semua (cehhh macamlah diri tu tua sangat nak panggil orang budak-budak) :3 Masa untuk tidur yeee >.< Saya nak tutup lampu bilik anda semua jadi , sila masuk bilik anda dan tarik selimut hingga paras dada dan jangan lupa baca doa nak tidur ;) Assalamualaikum XOXOXO

Friday 31 January 2014

Luahan Hati ( ye ke ? )

Assalamualaikum dan salam sejahtera :) Apa khabar pembaca-pembaca sekalian ? Mesti baik je kan ? Cuba angguk sikit .. Haha .. Yelah tuuuu .. Macam lah kita nampak pun :p Hehehe :3 Pagi ni agak mendung dalam hati saya lah .. Nak tau kenapa ? Hmmm tetiba ibunda tercinta membuka kisah lama .. Saya bukan nya nak bagitau pasal cerita lama tpi cuma untuk mengimbau sebentarrrrrr :) Haha .. Kisah hati biarlah tersimpan dalam hati .. Kebetulan pulak tengah dengar lagu Bitter Heart sekarang nie :) Waduhh makin kelabu hari kita ini  ... Terasa macam nak main dalam hujan lah pulak :3 \(O.O\) (/O.O)/ Hujan yeay XD Tapi saya tipu jee ;) Manalah tau dia nak turun .. Kita cuma dapat merancang je , Allah menentukannya .. Satu je saya nak pesan kat semua lelaki kat luar sana .. Jangan pernah sakitkan hati kaum hawa kerana sekali hati mereka tersakiti , nahhhh ambik kau merasa sendiri .. Saya tidak berniat menyinggung sesiapa namun jika ada yang terasa , ya silakan .. Mungkin anda pernah melakukan kesilapan .. Siapa yang makan cili , dia yang terasa pedasnya >.< Hehehehe ... Baiklah sampai di sini sahaja entri kali .. Terima kasih kerana membaca dan meluangkan masa .. Assalamualaikum XOXOXO

P/s: Hiraukan saya .. Kadang-kadang saya merapu tak tentu pasal :) Maafkan saya yeee :3

Thursday 30 January 2014

Assalamualaikum Hello Konnichiwa Hai

Assalamualaikum dan salam sejahtera semuanya walaupun tidak membaca atau yang sedang membaca :) Seperti yang saya tulis untuk title tadi , assalamualaikum hello konnichiwa hai ! Semuanya merupakan kata-kata untuk bertegur sapa tidak kira dalam bahasa arab , bahasa inggeris , bahasa jepun dan bahasa melayu .. Di akhirnya , semuanya juga benda rawak yang awak semua cakapkan setiap hari , betul tak ? Hahaha merepek lah saya nie .. Okey hiraukan saya sekejap .. Dah tak boleh lama-lama sangat nanti awak tak ingat saya lagi dah .. Bagi yang membaca entri terakhir saya hari tu , saya cakap akan mengupdate sebaik sahaja habis PMR .. Baiklah saya memohon maaf kerana memungkiri janji tersebut .. Saya tersangat-sangat lah lupa :3 Hehehe .. Jangan marah yeeee .. Sayang korang :) Alhamdulillah keputusan PMR saya teramatlah lawak .. Kerana saya sendiri tidak menjangkakannya , ia menjadikan keputusan saya semakin lawak .. Bersyukur kepada Allah kerana mengurniakan saya kehidupan ini .. Tingkatan 4 teramatlah susah apatah lagi sekolah saya cuma mengambil aliran sains tulen :'( :'( :'( Saya sungguh sedih kerana saya adalah seorang yang kepalanya begitu lambat untuk mengira dan berfikir benda-benda logik atau yang memerlukan saya untuk berfikir .. Sekarang ni kan cuti tahun baharu Cina ? Jadi cikgu-cikgu kami yang cina tu bagi kami homework yang bertimbun-timbun untuk di siapkan semasa cuti perayaan ini .. Cikgu , jujur saya katakan saya tidak pandaiiiiiiiiii !!!!!! Hahahahaha XD Baiklah .. Hari ini saya hanya meracau dan terus meracau walaupun di siang-siang hari .. Dan saya amatlah letih kerana pagi tadi saya baru balik dari bermain bola keranjang di Civic Centre .. Jadi sampai sini je lah saya punya entri :( Harap semua sihat dan teruskan membaca saya punya blog dan kalau ada apa-apa nak bagitau , komen je k ? Jangan malu-malu ;)
Assalamualaikum XOXOXO

Pertandingan Video- Khidmat Masyarakat (Kolej D.P.A.H. Abdillah) please share and like :D