Thursday 30 January 2014

Assalamualaikum Hello Konnichiwa Hai

Assalamualaikum dan salam sejahtera semuanya walaupun tidak membaca atau yang sedang membaca :) Seperti yang saya tulis untuk title tadi , assalamualaikum hello konnichiwa hai ! Semuanya merupakan kata-kata untuk bertegur sapa tidak kira dalam bahasa arab , bahasa inggeris , bahasa jepun dan bahasa melayu .. Di akhirnya , semuanya juga benda rawak yang awak semua cakapkan setiap hari , betul tak ? Hahaha merepek lah saya nie .. Okey hiraukan saya sekejap .. Dah tak boleh lama-lama sangat nanti awak tak ingat saya lagi dah .. Bagi yang membaca entri terakhir saya hari tu , saya cakap akan mengupdate sebaik sahaja habis PMR .. Baiklah saya memohon maaf kerana memungkiri janji tersebut .. Saya tersangat-sangat lah lupa :3 Hehehe .. Jangan marah yeeee .. Sayang korang :) Alhamdulillah keputusan PMR saya teramatlah lawak .. Kerana saya sendiri tidak menjangkakannya , ia menjadikan keputusan saya semakin lawak .. Bersyukur kepada Allah kerana mengurniakan saya kehidupan ini .. Tingkatan 4 teramatlah susah apatah lagi sekolah saya cuma mengambil aliran sains tulen :'( :'( :'( Saya sungguh sedih kerana saya adalah seorang yang kepalanya begitu lambat untuk mengira dan berfikir benda-benda logik atau yang memerlukan saya untuk berfikir .. Sekarang ni kan cuti tahun baharu Cina ? Jadi cikgu-cikgu kami yang cina tu bagi kami homework yang bertimbun-timbun untuk di siapkan semasa cuti perayaan ini .. Cikgu , jujur saya katakan saya tidak pandaiiiiiiiiii !!!!!! Hahahahaha XD Baiklah .. Hari ini saya hanya meracau dan terus meracau walaupun di siang-siang hari .. Dan saya amatlah letih kerana pagi tadi saya baru balik dari bermain bola keranjang di Civic Centre .. Jadi sampai sini je lah saya punya entri :( Harap semua sihat dan teruskan membaca saya punya blog dan kalau ada apa-apa nak bagitau , komen je k ? Jangan malu-malu ;)
Assalamualaikum XOXOXO

No comments:

Post a Comment