Thursday 17 December 2015

BEST CAMP EVER!!

Assalamualaikum semua.. Apa khabar semua orang hari ni? Aku nak cerita sikit pasal camp remaja scout yang baru aku ikut 3 hari yang lepas.. Terdapat 3 group semuanya termasuk aku ada 27 orang.. Aku dalam group yang pertama dengan ahli sebanyak 9 orang.. 5 lelaki, 4 perempuan dan dari sekolah yang berbeza..
Hari pertama, kami berjalan kaki dari pekan Batu Kawa lama ke Taman Negara Kubah.. Perjalanan sejauh 21.6km kami tempuhi dengan sabar, ada yang mengambil bearing dan ada yang menjadi observer.. Ekspedisi yang bermula jam 8.30 pagi ini mengambil masa 12 jam... Kami juga diberi tugasan untuk masuk ke kampung, mendirikan khemah dan memasak untuk diri sendiri.. Maka berakhirlah cerita untuk hari pertama...
Pada hari kedua, dimulakan dengan senaman Serapi katanya, kami naik dan turun gunung setinggi 500 kaki dari aras laut hahahahaha.. Seterusnya, kami menjalani ujian ketahanan diri seperti mengangkat seorang ahli kumpulan menaiki gunung dan melalui sungai.. Hanya kumpulan kami yang berjaya tidak membasahkan orang tersebut yayy!! Selepas itu, kami dibawa ke Matang Family Park untuk melakukan Community Service.. Sambil itu kami mengambil kesempatan itu untuk menjalani ujian kecergasan.. Kami disuruh merangkak di dalam air sejuk dengan tali sebagai petunjuk dengan seberapa lama yang kami boleh buat. Selepas itu, kami balik ke campsite dan memasak masakan rimba untuk dinilai.. Malam tersebut kami jalankan beberapa game yang diaturkan oleh ketua kem..
Hari ketiga adalah hari paling seronok kerana hari untuk kami pulang!! Perjalanan pulang dari Taman Negara Kubah ke pekan Batu Kawa lama dimulakan pada jam 8 pagi dan group 1 berjaya sampai ke destinasi pada jam 2.54 petang.. Kumpulan kedua sampai pada jam 3.40 petang manakala kumpulan ketiga sampai pada jam 4.25 petang.. Kami berjaya menghabiskan ekspedisi kami dengan jayanya maka berakhirlah cerita camp remaja pengakap ini..

No comments:

Post a Comment